Wednesday, December 18, 2013

Bungkusan Pos Laju Ke Kem Sri Kinabatangan Sandakan Sabah

Bungkusan untuk di pos

Tengok gambar kotak di atas isinya bukanlah kertas A4 size tapi di dalamnya ada terselit pakaian, surat dan minyak urut. Kotak ini belum dibalut dengan kertas minyak lagi.
Pagi-pagi aku bergegas ke Kedai 1 Malaysia yang berhampiran dengan rumah dan membeli kertas minyak.  Kita kena balut kotak menggunakan kertas minyak, kalau tidak pihak Pos Laju tidak akan menerima bungkusan kita.Petang minggu lepas my son dari 22 RAMD Kem Kinabatangan Sandakan call suruh tengok baju kadet tentera masa zaman sekolah dulu, ada lagi ke tak?  Buka almarinya ada 3 pasang baju no. 4 warna hijau 1 pasang lengkap yang 2 helai tanpa seluar.  Tebal jugak baju No. 4 ini tatkala aku masukkan ke dalam kotak aku kena gulungkan sebab nak masukkan baju berkolar dalam 6 helai dan 2 helai tanpa kolar (termasuk sehelai baju PARA).  (tahu tak baju no.4 tu macam mana? google ler yea...)

Minyak dan surat aku selitkan sekali di dalam kotak.  Kalau dah masuk army ini baju di luar tugas kena pakai baju berkolar dengan seluar slack bersama kasut yang bertutup. Kena smart dengan rambut yang pendek ala komando. Itu sebab kalau kita tengok smart jer... dah tentu orang panggil 'Mat Perang'....hihihi.....(tengok picture kat FB dah  makin kurus cengkung...operasi hari tu angkat beban 50 kg bersama senjata dan mortar lagi....)

Minyak ini penting sebab bulan lepas my son terlibat dalam operasi dan kakinya melecet teruk dan ia boleh disapu juga pada badan yang sakit-sakit.  Boleh dikongsi bersama skot-skot yang lain.  Nanti bulan depan operasi lagi dalam 3 bulan masuk hutan, tak tahu ler kat mana pulak.....

So pagi isnin lepas aku poskan bungkusan ini menggunakan Pos Laju, beratnya lebih kurang 4.48 kilogram dan caj dalam RM 62.30 sahaja.  Sistem metrik digunakan kalau menggunakan kotak, sebab kotak akan diukur bersama timbang sekali.

Barang dijangka sampai dalam tempoh 2 @ 3 hari bekerja ikut kawasan.  Semalam bila aku check online di web Pos laju, bungkusan dah deliver kepada penerima.  Hope bungkusan ini selamat diterima walaupun aku balut dengan kertas minyak agak kelam kabut sikit....hihi.....

MP :  Tunggu bungkusan handphone samsung note 3 + I-pad mini.....chaiyok....