Hari Orentasi Pelajar Tahun Satu
Hari ini adalah hari orientasi untuk pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 di Tengkera Melaka @ lebih dikenali sebagai MGS2. Ia merupakan sekolah berprestasi tinggi Tahap 3. Program orientasi untuk pelajar tahun satu merupakan ala suaikenal pelajar terhadap suasana sekolah.
Para pelajar di bawa dan ditunjuk arah ke library, makmal, koperasi sekolah, toilet, kantin, bilik guru, semua kelas-kelas dan kawasan sekitar sekolah. Turun naik tangga ler para pelajar tahun satu tadi. Apa yang aku difahamkan sekolah berprestasi tinggi Tahap 3 ini suasananya memang berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Untungnya sekolah ini mendapat layanan dan kerjasama baik dari pihak Kementerian Pendidikan. Sistem pembelajarannya di sekolah sini memang agak pantas, itu yang diberitahu oleh GPK sekolah tadi. Dapat ke tidak untuk pelajar-pelajar catch up jer......
Berbeza dengan zaman aku dahulu mana ada program orientasi sekolah. Tup-tup ada yang menangis masuk tahun satu. Itu cerita dulu berbeza dengan sekarang. Semua pelajar tahun satu tadi memang ceria dan happy bila dapat kawan baru. Tak sabar rasanya nak ke sekolah nanti. Ada 3 kelas untuk pelajar tahun satu iaitu kelas Intelek, Integriti dan Inovasi. Anak aku di kelas 1 Inovasi.
Sehingga ketemu kita di tahun baru dengan semangat baru bersama cita-cita yang diimpikan.
MP : Mood ceria dengan Samsung Note 3 dan I-pad.....
Comments
Post a Comment