Layan Sakit Kepala


Eat Me
sumber
Semalam balik kerja kepala ini masih sakit lagi.   Tetapi tahan jer, letak minyak cap kapak ia lega sikit. Masa rehat tengahari semalam sempat lagi balik rumah dan tidur sekejap sebab tak tahan sakit kepala.  
Bila bangun rasa segar sikit.  Ingatkan dah ok tetapi malamnya kepala ini sakit sangat sempat capai 2 ubat dari hospital,iaitu 'Prochlorperazine Maleate 5mg Tablet' ubat untuk pening atau loya dan ubat ini menyebabkan mengantuk so elakkan dari memandu atau mengendalikan mesin.  Ubat yang kedua iaitu 'Paracetamol 500mg Tablet' ubat ini untuk tahan sakit dan demam, ia dimakan bila perlu sahaja.

Selepas makan ubat rasa lega sikit sambil my hubby urut kepala yang sakit nie layan ler citer hindustan  kat channel 102 Shah Rukh Khan berlakon, dah tentu filem nie best tajuk apa entah macam susah jer nak sebut.....hihihi....Shah Rukh Khan melakonkan 2 watak....memang tangkap leleh tengok endingnya.....

MP :  Pagi nie rasa segar sikit tapi macam miong jer....tahu tak miong tu apa? Ikut dialek Johor sama erti dengan bingung.....aku tak cukup tidur ler...

Comments

Popular posts from this blog