Bantuan Untuk Mangsa-Mangsa Banjir Dari Anak-Anak Melaka


Photo: Terima Kasih kpd Anak2 Melaka yg telah menderma/menyumbang pakaian/makanan dll dlm program Nisi Bantuan Banjir anjuran Belia 4B Kota Melaka.
Majlis berlangsung pagi td, 9.00 pg - 12.00 tgahari di Masjid Pengkalan Rama, Melaka
Kredit : Saya Anak Melaka
Alhamdulillah..... Gerakan Belia 4B Kota Melaka ada menganjurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.  Majlis berlangsung dari jam 9.00 pagi ~ 12 tengahari tadi. Lokasinya berdepan dengan Masjid Pengkalan Rama.  
Aku ada memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir tadi, sungguh banyak sumbangan semasa aku sampai kat lokasi sekitar jam 10.30 pagi.  Gambar-gambar ini aku ambil dari facebook Saya Anak Melaka dan saudara Nizam salah seorang AJK yang teribat dari Gerakan Belia 4B Kota Melaka. 


Kredit : Sumber
Terima Kasih kepada Anak-anak Melaka yang telah menderma dan menyumbang pakaian, makanan dan lain-lain dalam program Misi Bantuan Banjir anjuran Belia 4B Kota Melaka. Semoga bantuan selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk mangsa-mangsa banjir.

MP :  Puas rasanya dapat memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.....hope bantuan ini berterusan......

Comments

Popular posts from this blog