Rumah Lima Pahlawan Melaka Yang Menarik
Sempena cuti sekolah ini apa kata jom singgah di Melaka. Antara kawasan pelancongan yang baru di Melaka ialah Rumah Lima Pahlawan Melaka di Duyong berhampiran dengan Perigi Hang Tuah.
Senang sahaja untuk mencari tempat ini. Jalan nak ke Perigi Hang Tuah akan nampak satu simpang di sebelah kanan menghala ke rumah ini. Tiada bayaran dikenakan buat masa ini dan parking percuma disediakan bagi kemudahan pengunjung.
Jom layan gambar yang sempat aku ambil.....
Terdapat lima rumah Pahlawan Melaka iaitu Rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.
Aku paling suka rekabentuk rumah kayunya, memang nampak unik dan tinggi nilai kemelayuan. Perhatikan bumbung rumahnya sesuai dengan cuaca di Malaysia. Serambinya 'open air' lagi ...kalau petang-petang menjadi tempat lepak dan bersantai di tepi tangga batunya. (teringat rumah lama yang ada serambi...selamat dirobohkan....huhu)
MP : Rasa nak pergi lagi sebab hari tu pergi sekejap sangat dah lewat petang......
Comments
Post a Comment