RALAT : BUKAN KOMANDO TAPI HANYA ANGGOTA TENTERA PELATIH




KEJADIAN KEHILANGAN JURULATIH DAN PENUNTUT KURSUS ASAS
KOMANDO PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK)

Ini berita yang baru aku baca di Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan :-

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan berikut:
Paparan media semasa pada 9 Dis 2013 kebanyakan melaporkan tajuk 13 Komando hilang dan lemas di laut. Sebagai kenyataan balas dari kementerian ini anggota yang terlibat bukannya anggota Komando. Kenyataan yang dilaporkan sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti anggota yang telah sedia terlatih sebagai anggota elit Komando ini.


Sebagai ralat kepada laporan akhbar yang telah dipaparkan, mereka yang terlibat adalah 11 orang anggota yang sedang mengikuti latihan mendayung di laut sebagai pelatih bagi Kursus Asas Komando bersama seorang jurulatih dan seorang jurumudi bot. Kursus ini bertujuan menilai keupayaan dan kesesuaian pelatih samada layak menjadi anggota komando atau sebaliknya.
Faizal Sino's photo.
Gambar hanya hiasan
Kenyataan penuh seperti berikut:

Seramai 11 orang penuntut, seorang Jurulatih dan seorang Jurubot telah dilaporkan hilang semasa latihan mendayung di kawasan Perairan Pulau Upih, Melaka. Latihan ini telah bermula pada petang 7 Dis 13 yang melibatkan seorang pegawai, 10 orang jurulatih dan 35 orang penuntut Kursus Asas Komando dengan menggunakan 4 buah bot. Latihan ini telah bermula dari Kem Sg Udang menuju ke Pulau Nangka,Melaka. Latihan ini merupakan latihan yang biasa dilaksanakan untuk kursus ini dan kawasan ini merupakan latihan yang sering digunakan.

Pada malam tersebut, berdekatan dengan Pulau Upih telah berlaku kejadian ribut yang mengakibatkan ketiga-tiga bot yang dinaiki penuntut berada dalam kesulitan dan hampir karam. Bot keselamatan telah mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan ketiga-tiga bot tersebut. Sebuah bot telah diselamatkan dan ditarik ke Pantai Klebang sementara sebuah bot lagi telah ditarik ke Pulau Upih. Setelah bot ke dua dibawa ke Pulau Upih, bot keselamatan telah pergi semula ke tempat kejadian untuk menyelamatkan bot yang ketiga, namun tidak dapat dikesan lagi.

Mulai saat tersebut, usaha mencari dan menyelamat telah dilaksanakan oleh pasukan. Kejadian begini pernah juga berlaku sebelum ini dan kebiasaannya anggota tersebut akan dibawa oleh arus ke persisiran pantai. Memandangkan keadaan begini, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Markas Tentera Darat dan tumpuan pencarian adalah di sekitar persisiran pantai. Usaha mencari dan menyelamat menggunakan pesawat udara Beach Craft di samping usaha menyelamat oleh anggota-anggota tentera.

Disamping itu juga, Pusat Mencari dan Penyelamat Maritim (MSRC) yang beribu pejabat di Johor Bahru telah mengarahkan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan untuk membuat pencarian di kawasan Linggi dan Port Dickson. Operasi mencari dan menyelamat ini juga telah dilaksanakan oleh APMM, TUDM, Bomba dan Penyelamat serta PDRM.

Pada 9 Dis 2013 jam 1250 pagi, bot yang hilang ditemui merapati pantai berhampiran Jeti Tanjung Bruas. Semua anggota selamat dan tiada peralatan yang hilang. Operasi ini telah dihentikan sebaik sahaja semua penuntut ditemui.


MP :  Marah anggota komando dengar berita ini kerana bukannya senang nak dapat beret hijau.....hanya KOMANDO sahaja yang faham......

"Datang mu tidak diundang Jika ragu-ragu sila pulang"

Comments

Popular posts from this blog