Bila Harga Barang Naik

DANBO boy
source from google

Pagi-pagi yang dingin ini aku ada terbaca kisah menarik yang kelakar untuk menjadi kaya. So aku kongsikan artikel dari facebook untuk buat release tension sebab banyak barang dah naik harga termasuk berita terkini tarif elektrik akan naik pada Januari 2014.

Gempar!!!! Orang tua misteri dari Pagoh!! 


Bagi yang biasa ulang alik Plus highway ikut Pagoh wajib baca!!!
Sesiapa yang biasa guna highway plus harap berhati....ni ade satu kisah....

Kejadian di lebuhraya PLUS sewaktu si mamat dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya PLUS, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.

Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,
“Anak nak ke mana?”.

Si mamat menjawab ringkas, “KL”
Orang tua itu bertanya lagi,
“Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” & dijawab oleh si mamat tadi
“Ehm… bolehlah”.
Lantas orang tua itu masuk & duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau...”
Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya,
“Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak & berkata dlm hati,
“Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab,
“Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”
Kali ini Si mamat tu bertambah yakin bahawa pakcik ni bukan sebarangan orang lalu si mamat tu jawab,
"pakcik...kalau betol pakcik boleh bagi saya kaya...saya amat berterima kasih...tapi...."
belom sempat mamat tu habis cakap pakcik tu merenung tajam mata mamat tu tanpa kata apa-apa...


Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,
“Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap yeos untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.”
lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,
“Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.. 

Dah baca.....jangan terkena sudah....cukup-cukup sudah ...nak gelak jap....dah pergi buat kerja.....hihihi


MP : Lawak release tension........

Comments

Popular posts from this blog