Cerita Komando Passing Out di PULPAK di Sungai Udang

picture kredit : Hazairi


Hujung minggu yang sibuk dari hari sabtu sehingga ke hari ahad.  Memang memenatkan tapi happy ending.  Sepatutnya pagi sabtu planning nak pergi tengok komando passing out
di PULPAK Sg. Udang.  Tetapi mendapat makluman orang awam tak dibenarkan masuk kecuali ahli keluarga terdekat. So kat sini aku share sikit gambar yang dapat diambil oleh admin facebook The Realblackdaggers dan saudara Hazairi.





Majlis passing out komando siri 3/2013 ini telah berlangsung di Betutu Laut, Pulpak, Kem Sg Udang, dari 200 lebih rekrut, hanya 23 orang yang berjaya sampai ke akhir.

Rekrut terbaik jatuh kepada 1175340 Prebet Mohd Farid Nawawi dari Ketereh, Kelantan (RAMD). (rakan siri my son di PUSASDA tapi lain kompeni)





Dengar khabarnya arahan dikeluarkan Kementerian Pertahanan majlis penutup kursus asas komando siri 3/2013 dijalankan secara tertutup bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan insiden bot hanyut tempohari. Hanya ahli keluarga rekrut sahaja dibenarkan hadir.

Tahniah kerana mendapat beret hijau komando.

'DATANGMU TIDAK DI UNDANG, JIKA RAGU-RAGU SILA PULANG"

Credit pada : The Realblackdaggers dan Hazairi, untuk tengok gambar lagi sila klik pada facebook mereka.

MP : Abaikan watermark pada picture di atas sebab admin tak setting tarikh pada kameranya......

Comments

Popular posts from this blog