Thursday, December 5, 2013

Perbandingan Orang Yang Beriman

sekadar hiasan


Story ini aku dapat dari facebook dan satu kisah yang menarik untuk di share sebagai panduan dan peringatan buat kita semua.......
Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tapi harus sedar diri. Tak cukup inci. 

Satu peristiwa yang membuatkan saya begitu kagum dengan seorang brader yang saya temui di surau KLIA.

Dalam salah satu harinya, Saya solat di surau tersebut. Kemudian saya berselisih dengan seorang brader yang keluar dari surau dengan memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika saya pergi ke rak buku di surau tersebut, saya terlihat tergantungnya beberapa kopiah yang seakan-akan menyamai kopiah yang dipakai brader sebentar tadi. Dalam hati saya terfikir, "Entah-entah brader tu curi kopiah surau"...

Namun, saya cuba perbetulkan sangkaan saya. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika saya di KLIA untuk menyambut sedara pulang dari umrah, saya dipertemukan sekali lagi dengan brader berkopiah yang sama dengan brader kelmarinnya. Saya tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yang pasti saya bukan ahli "dua alam".

Saya terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Saya tinggal di Batang Kali Selangor. Saya datang sini sebab kelmarin saya terlupa. Bila saya solat, saya pakai kopiah surau. Lepas itu terlupa nak pulangkan semula. Sebab itu saya datang sini nak pulangkan semula"...

Terkejut biawak saya dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dah la brader tu datang semula ke KLIA naik motor sahaja. Beliau sanggup bawa motor berpuluh-puluh kilometer untuk sekadar memulangkan kopiah cabuk yang diambil tanpa sedar.

Inilah contoh brader yang beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.

Benarlah orang yang beriman ia tak pernah tergugat untuk mengambil harta yang haram. Walaupun ia bernilai 10 sen sekalipun.

Itulah perbandingan orang yang beriman. Kerana persoalan halam dan haram.  Seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yang bukan haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding orang yang jauh dari keimanan.  Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yang diambil haknya orang lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah..., Jadikan kami insan yang warak.. Insan yang 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...

 sumber

MP : Sharing is caring