Monday, February 17, 2014

Stesen KTM Batang Melaka Beroperasi Semula

sumber
Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Berhad Batang Melaka, memulakan perkhidmatan mengambil dan menurunkan penumpangnya bermula 7 Februari 2014.


sumber
Stesen itu terpaksa ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja menaik taraf sejak Mei 2012.

Pengurus Kanan Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, stesen itu memulakan operasi bagi perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan bagi laluan Sentral Kuala Lumpur-Woodlands-Sentral Kuala Lumpur.


Stesen Keretapi Batang Melaka merupakan salah sebuah daripada lima stesen yang dibina dan dinaik taraf dalam Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar Seremban-Gemas.

Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api menuju ke sektor selatan dari stesen itu boleh menaiki tren Ekspres Sinaran Selatan, No. 13 yang berlepas pada jam 11 pagi, manakala menaiki tren No. 12 untuk laluan ke utara pada jam 7.17 malam setiap hari.


Untuk rekod Stesen KTMB Batang Melaka terletak di Batang Melaka, kira-kira 200 meter arah selatan dari sempadan Negeri Melaka/N.Sembilan. 


MP :  Rasanya dah lama tak naik keretapi, biasanya naik komuter @ LRT jer, last naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Gemas.