Duit BR1M


BR1M......Sana sini orang bercerita mengenai BR1M.  Ramai yang dah dapat BR1M yang dibayar melalui akaun bank penerima.  
  
Semalam ramai yang dah beratur panjang di mesin-mesin ATM untuk menengok pemberian BR1M ini.  Ada yang dapat RM 650 dan ada juga dapat RM 450 bagi yang dah berkahwin.  Bagi yang bujang mendapat RM 300.

Ada juga yang bising-bising kenapa kali ini mendapat RM 450 sahaja bukan RM 650?  Ini kemungkinan pendapatan isi rumah suami isteri melebihi RM 3000.  Sekiranya pendapatan isi rumah suami isteri di bawah RM 3000 penerima akan mendapat RM 650.

MP :  Gunakan wang BR1M sebaiknya, bersabar pada sesiapa yang belum dapat lagi......

Comments

Popular posts from this blog