Berjoging Di Stadium Tun Fatimah


Nie story petang sabtu yang lepas.  Aku bersama my kiddos telah ke Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit untuk berjoging.



Aku parkir kenderaan di kawasan belakang berhampiran dengan dewan Badminton di situ.  Kalau di bahagian hadapan parkir memang penuh, kerana di bahagian depan begitu ramai sekali yang mengikuti kelas aerobik terbuka.


Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap di perkarangan stadium. Memang di hujung minggu banyak aktiviti yang dilakukan di sini seperti aerobik, bersantai di padang permainan kanak-kanak, bermain hoki, bolasepak ,berjoging, berbasikal dan sebagainya.



Pada petang sabtu lepas kelihatan ada game bola, tak tahu ler pasukan mana yang lawan.


Di perkarangan kawasan ini juga terdapat tasik yang luas dan pemandangan di sini amat cantik dan sesuai untuk melakukan senaman ringan di sekitar tasik.  Air tasik ini belum lagi kering walaupun sudah hampir 2 bulan tak hujan.



Suasana nak hampir senja....tengok bayangan sunset.....



Lebih kurang 2 kilometer aku berjoging di kawasan sekitar turun naik bukit dan tangga di tasik dan taman sekitarnya.




Sempat pulak aku snap gambar pokok kenanga @ bahasa saintifiknya 'Cananga odorata'.  Pokok ini kelihatan di padang permainan kanak-kanak.


Main jongkat-jongkit ler.......aku pun ada naik jugak tapi no picture please....




My kiddos nak main gelongsor tapi full dengan budak-budak kecil. Memang ramai kanak-kanak di kawasan ini.  Lain kali kita datang lagi yea....

picture : menggunakan samsung galaxy note 3

MP :  Lakukan senaman dari sekarang.......

Comments

Popular posts from this blog