Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang Terhadap Murid




Info di atas aku jumpa di facebook, so aku kongsikan bersama buat semua yang bergelar guru, pelajar dan ibu bapa.  Peranan guru di era globalisasi ini makin rumit, kena kuatkan mental dan fizikal bagi menghadapi karenah pelajar sekarang.


Guru dahulu tak sama dengan guru sekarang.  Guru dulu lebih berani tetapi guru sekarang terlebih berani....aduhai....banyak kes-kes terpencil yang berlaku sekarang terhadap pelajar.

Guru dahulu mengajar dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.  So kalau kena rotan agak-agak uolls berani tak mengadu kat mak bapak korang....? sure kena belasah lagi ada.....dulu-dulu dengar hentakan kasut guru masa menaiki tangga dah kecut....sekarang ko hentak ler apa pun...pelajar sekarang tak makan saman.  Yea betul...zaman dah berubah begitu jua sistem pendidikan kita dah banyak berubah.....

Guru sekarang kebanyakannya hanya mengejar tanggagaji yang tinggi, masa dahulu hendak memohon jawatan sebagai guru memang agak susah.  Pelbagai kriteria diambil kira.  Guru sekarang kalau disuruh mengajar di kawasan pendalaman dah merungut. (tapi tak semua guru begitu yea tak....?)  Ada juga guru yang menjadikan pelajarnya sebagai kawan bagi menyalurkan maklumat pendidikan.  Ini adalah petanda aras bagi merealisasikan matlamat pihak kementerian pendidikan....Murid Kita, Tanggungjawab Bersama

Harap-harap semasa meeting PIBG, para guru tak perlu citer yang bajet-bajet jer...seolah-olah semuanya diatur baik, salurkan maklumat dengan betul dan boleh dikongsikan bersama agar para ibu bapa faham.  

Untuk menjadi seorang pendidik minat dalam mengajar amat penting.  Masih aku ingat semasa meeting PIBG dulu di salah sebuah sekolah (A) berasrama, kecewa teramat sangat hati seorang datuk bilamana dapati guru yang mengajar tidak menghalalkan ilmu yang diberi kepada pelajar yang bermasalah berkenaan.  Begitu sekali sampainya hati seorang guru tersebut. Terasa sedih dengar keluhannya.....Kalau rasa tak boleh jadi guru cari jer peluang kerjaya yang lain, yang lebih sesuai dengan jiwa.


Semuanya memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak kita. Ramai kawan-kawan aku terdiri dari golongan pendidik.

MP :  Masa tamat sekolah dulu ramai kengkawan aku yang minta jawatan sebagai guru....tetapi aku tidak...kenapa ek...?  Para guru jangan berkecil hati di atas entry ini yea.....tak tumbuh tak melata.....guru umpama aur dan tebing...

Comments

Popular posts from this blog