Duit Kita Hak Kita


Picture di Pantai Puteri - sekadar hiasan

Salam Jumaat semua.....sekejap jer dah 28 haribulan....bulan februari nie rasa macam singkat jer, pantasnya masa berlalu.  Macam-macam hal berlaku dalam bulan ini.  Alhamdulillah segalanya dapat diselesaikan dengan baik walaupun ada yang belum dapat keputusan dan ada yang tergantung lagi.....

Sebagaimana kerbau dipegang pada talinya dan manusia berpegang pada janjinya.  Agar mereka yang berjanji dapat ditunaikan supaya tiada yang masih menunggu dan terus menunggu.

Pagi-pagi tadi selepas menghantar my kids ke sekolah aku pergi ke bank untuk setelkan bayaran rumah dan kereta.  Bila dapat gaji semuanya kena dilangsaikan segera sebelum bunga dikenakan.  Bayaran rumah terutamanya sebelum due date harus bayar.....jikalau lewat memang pihak bank akan call banyak kali.

Dari bank terus cari kedai untuk sarapan, kedai yang selalu aku pergi tutup pulak hari ini.  So aku pergi sarapan di tempat lain.  Aku order teh ais dan nasi lemak letak ayam rendang dan my hubby nescafe ais dan mee goreng. Persoalannya sekarang ayam rendangnya dah ler masin mahal pulak tu.  Tahu tak berapa seketul ayam rendang....Rm 3.50 seketul...mahal weeeyyyy....

Nampak sangat tak berbaloi makan kat kedai tu....lepas nie kasi pangkah ini kedai ler.....lagi satu sebab dia kira sepinggan mee goreng kosong sampai 
RM 2.50.....issshhhh....semua aku kena bayar total RM 10.70....uolls rasa macam mana?  Kalau aku makan di restoran kira ok ler tapi kedai tepi jalan jer....kalau sedap tak per...tapi masin....

Kesimpulannya.....duit kita hak kita...suka hati kita nak makan kat mana kan....duit BR1M belum dapat lagi nie....dengar ramai yang merungut lewat dapat, ada pulak tak puas hati dapat RM 450 jer, siap ada potong RM 50 untuk insurans.  Begitu juga ada yang dapat RM 600...apa citer nie...Sebut pasal insurans ramai orang tak tahu ada potongan ini. 
INIKALILAH..........

MP :  Mulakan langkah dengan lafaz Bismillah......

Comments

Popular posts from this blog