kredit : sumber Dalam perjalanan admin menyudahkan tugasan, ada masa-masanya admin akan singgah di mana-mana tempat menghilangkan lelah. Yelah....ride sorang-sorang....jauh-jauh....kejar deadline, mana tak letihnya dan antara tempat feveret admin adalah tempat-tempat yang terletak di kampung-kampung. Kenapa? Sebab di kawasan kampung ni, terutamanya di kedai-kedai kopi....macam-macam manusia dengan pelbagai ragam dan kisah yang kita akan jumpa. Berbeza dengan di bandar, mereka yang di kampung ni...rata-rata admin jumpa adalah jauh lebih mesra. Walaupun mereka tak kenal kita dan satu lagi ramai juga di kalangan yang admin jumpa ni adalah mereka-mereka yang pernah berkhidmat dalam pasukan keselamatan.