Akhirnya Berjaya Menjalani Kursus Tempur Tanpa Senjata
Akhirnya berjaya menjalani kursus tempur tanpa senjata |
Alhamdulillah.....akhirnya selepas 2 bulan mengikuti kursus tempur tanpa senjata dan menjalani kursus TAEKWANDO dapat jugak blue belt ini. Pelbagai teknik dipelajari semasa kursus tempur tanpa senjata. Kursus yang dijalani dari siang hingga ler ke malam memang betul-betul mencabar minda, rohani dan fizikal.
Apa yang penting teknik yang dipelajari perlu dipraktikkan bersungguh-sungguh semasa ujian. Kalau gagal terpaksa mengulangi semula. Bukan senang nak senang dan dalam ketenteraan kursus Tempur Tanpa Senjata ini perlu dipelajari oleh setiap anggota tentera.
bersama jurulatih dan skot |
Kalau orang awam nak dapatkan tali pinggang ini bermula dari tali pinggang putih hinggalah ke tali pinggang biru memang bertahun dengan kursus yang konsisten. Tetapi dalam tentera kursus ini perlu dihabiskan dalam masa 2 bulan, dari pagi hinggalah ke malam. Kalau cakap melecet, cedera atau sewaktu dengannya tak payah cakap ler sebab alah bisa tegal biasa. Itu belum cakap sakit-sakit badan lagi memang perit kursus ini. Walau pun kita gunakan senjata yang canggih pun tetapi peperangan dalam senyap dalam mempertahankan diri amat penting seperti kursus ini.
Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
tali pinggang biru
MP : Hope suasana tegang di Pulau Mabul Sabah dan kawasan sekitarnya pulih seperti sediakala.......
Comments
Post a Comment