Persiapan Hari Raya Anak



Dua tiga hari ini memang sibuk sikit baik kat ofis mahu pun di rumah.  Selepas berbuka aku keluar untuk membeli baju anak-anak yang 2 orang nie.  Malam semalam ke Aeon Jaya Jusco dan malam tadi ke shopping mall Keluargaku kat Melaka.


Orang.... tersangat ler ramainya.  Time nak membayar beratur punya ler lama.   Nasib baik pergi time malam kalau siang memang letih.....Tadi aku sekali lagi ke Aeon Jaya Jusco untuk membeli hamper yang dipesan oleh my boss.  Sambil tu aku tukar kasut raya anak aku sekali.  Kasut yang dibeli bila dipakai macam tak selesa pulak.


Nie baru sikit ada barang untuk anak-anak yang tak complete lagi.  Barang-barang keperluan aku dan my hubby pun belum beli lagi.....tunggu bonus keluar ler nampak gayanya......

Dalam beberapa hari ini sehingga ler menjelang raya memang shopping mall dipenuhi orang ramai yang mencari barang keperluan untuk menyambut hari raya nanti.   Apa yang penting gunakan masa dan kewangan dengan sebaiknya......


MP :  Nampak gayanya anak aku yang bertugas di Sabah nie tak dapat ler balik beraya kena standby sekarang ada terrorist kat Pulau Mabul yang menyebabkan seorang polis marin meninggal dunia dan seorang lagi diculik.  Bersiap sedia berkhidmat untuk negara....doa dari jauh hope semuanya selamat......

Comments

Popular posts from this blog