HandBag Sembonia Lagi
Dalam masa yang sama ada discount untuk handbag ini dalam 20% gitu. Handbag full leather pun ada jugak discount tetapi aku beli yang murah sikit dari full leather. My hubby yang suruh beli handbag nie, dia kata nampak cantik. Apa guna kita penat kerja setahun, time raya nie ler kita redeem penat kita dengan beli barangan yang kita suka. Bersyukur dapat beli handbag ini dan nasib baik aku cepat grab cepat sebab tinggal satu jer untuk design nie.
Selepas beli handbag aku cari pulak purse pulak. Dah 2 tahun aku guna purse yang lama, dah nak kena cari yang baru. Aku grab brand F.Timber macam dalam picture di atas. Aku suka yang ini sebab dalamnya banyak compartment dan ada ruang untuk selitkan picture my family. Harganya tak ler mahal sangat.... kira boleh ler.
Kebetulan time aku beli handbag dan purse di Parkson nie dorang ada bagi kupon voucher dengan nilai belian lebih Rm100 dapat RM10 voucher. Aku dapat 2 kupon voucher dan selepas tu aku redeem barang lain pulak.....berbaloi-baloi.......
MP : Mood blessed...
Comments
Post a Comment