Prosedur Yang Perlu Kita Ketahui

BOLEH TEMBAK PENCEROBOH
kredit : picture

Rentetan dari kejadian di Pulau Mabul, Semporna, Sabah yang menyebabkan seorang anggota Polis Marin kita meninggal dunia dan seorang lagi ditawan, ramai di antara kita tidak tahu prosedur kenapa pasukan keselamatan tidak boleh menembak kepada penceroboh di perairan negara.


Di sini aku nak share info dari saudara Shah Paskal :-
Kecoh betul apabila laksamana TLDM memohon kerajaan supaya Rules Of Engangement pihak tentera yang sedia ada ditukar kepada Shoot on Sight.
Syabas pada Panglima TLDM, i love u....
Dahulu memang prosedur inilah yang kita pakai tetapi sekitar hujung 90an, selepas beberapa insiden tembakan yang membabitkan penceroboh (civillian) terbunuh dan kemuncaknya tembakan mesingan berat dari bot peronda KD KERAMBIT, hukuman itu ditukar.
Dalam insiden tersebut, seorang nelayan Indonesia yang menceroboh terbunuh apabila anak kapal KD KERAMBIT cuba menghentikan bot penceroboh dan menambak bahagian enjin, malangnya splinter dari peluru telah menyebabkan salah seorang dari nelayan Indonesia yang berusaha mencari rezeki mengharungi ombak demi sesuap nasi anak-anaknya terbunuh serta merta dan rakan yang lain cedera.
Insiden ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan isu besar di Republik Indonesia.
Selepas mengira timbang tara dan peri kemanusiaan terhadap masyarakat nusantara yang rata-rata hidup susah, hukum ini ditukar kepada corak yang lebih lembut sedikit.
Anak kapal tersebut kemudian terpaksa melalui proses perbicaraan di mahkamah akibat desakan dari jiran tertangga, saya sendiri menemui anak kapal tersebut ketika menumpang KD KERAMBIT untuk transfer ke atas kapal KD MAHAWANGSA dalam eksesais NAGA EMAS.
Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang mengunakan hukum yang agak lembut ini, Singapura turut menggunakan hukum yang sama dan tidak ada penyeludup dari negara jiran yang ditembak mati dalam laluan pencerobohan paling aktif di selatan antara BATAM/SINGAPURA/JOHOR.
Rules of Engangement SIngapura menjadi sedikit keras selepas insiden 9 September, itu pun selepas mendapat kelulusan kerajaan yang memerintah.
Akibat masalah-masalah pencerobohan, isu-isu sensitif, perundangan antarabangsa yang sangat komplikated ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan.
Apa pun syabas kepada TLDM kerana memohon kepada kerajaan supaya hukum ini ditukar kembali menjadi keras.
Teringat pada pihak polis dan rasa kesian kat polis, dulu pasukan polis SHOOT on SIGHT tapi parti politik negara ini mengutuk pasukan keselamatan sebagai TRIGGER HAPPY atau sesuka hati tembak orang.
Nasib baiklah Thailand tidak mengamalkan hukuman yang keras ini, kalau tidak berpuluh dan beratus rakyat Malaysia yang masuk ke Siam secara haram untuk berseronok dan mencari rezeki kena tembak.
Sekali lagi syabas pada TLDM walaupun disebabkan hebohnya permohonan itu, pasukan keselamatan dan pemerintah dikutuk. Sekarang baru saya tahu,,,,,,rupanya ramai rakyat tidak tahu hukum bertindak pasukan keselamatan negara. Sekian, dari Shahpaskal untuk semua (rakyat Malaysia, Indonesia, SIngapore, Brunei dan Uruguay malahan kepada rakyat Trinidad and Tobago)
Terkini : Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara jika itu boleh menghalang pencerobohan. sumber
Harap penjelasan ini dapat menerangkan perlunya kita ikuti prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Jangan sesekali menuduh anggota-anggota keselamatan  kita tidak bertindak.  

kredit : sumber
MP :  Kejadian di Pulau Mabul ini menyebabkan anak aku kena standby dan bersiap siaga menunggu arahan....hope dia dapat balik bercuti raya nie....

Comments

Popular posts from this blog