Cotton Cheese Cake
Cotton Cheese Cake |
Hari pertama berbuka Ahad lepas aku ada order cotton cheese cake. Ini sempena birthday anak aku. Aku order melalui kenalan di facebook. Harganya dalam RM50 gitu siap dengan topping blueberry dengan ukuran 9 inci katanya.
Tapi bila cheese cake ini dipotong texture macam karamel bukannya cheese cake. Ipar aku dia memang hantu cake komplen kenapa rasa cake ini tak macam cheese cake? Anak buah aku yang kerja di Shah Alam Convention Centre (SACC) pun komplen jugak, maklum ler dia berpangkat kapten dalam menguruskan restauran dan bakery di sana, memang bidang dia...aduhai....(kalau nak berbuka puasa di SACC boleh ler contact dia) sempat promo....
Bila aku request tunjuk gambar dia kata takder, aku ingatkan dengan harga begitu serupa macam yang aku google ada hiasan dan cream tapi bila dibuka nipisnya dan texturenya macam karamel.....rasa telur lebih....aku memang tak puas hati.....semua orang cakap tak sedap..........!!! memang tak berbaloi.....!!!
Ini memberikan satu tamparan bagi aku....next time kalau nak beli kena lihat dan tengok.....baru puas hati......
MP : kalau sedap dah lama habis licin kek ini......
Comments
Post a Comment