Tuesday, March 26, 2013

APA ITU SUNTIKAN VITAMIN K?





Kenapa vitamin K perlu diberikan kepada Bayi Yang Baru Lahir?

Sebenarnya, vitamin K sangat penting
dalam proses pembekuan darah. Bila badan kekurangan Vitamin K,
badan kita mudah mengalami pendarahan.

Sebahagian kecil bayi,lebih kurang 1 daripada 10000 kelahiran
akan mengalami Masalah Pendarahan Akibat Kekurangan Vitamin K
semasa lahir. 1 bayi daripada 10 000 kelahiran ini dianggap
'Berisiko Tinggi'.

Secara normalnya, kandungan Vitamin K di dalam badan bayi
memang sedikit rendah, dan bayi hanya mendapat sedikit
Vitamin K daripada tali pusat dan juga sedikit
daripada Susu Ibu.

Vitamin K boleh dihasilkan secara semulajadi di dalam badan
dan juga dihasilkan oleh bakteria di dalam usus kita.
Tetapi bagi bayi yang baru lahir, saluran pencernaannya
masih bersih (belum ada bakteria semulajadi) jadi
Vitamin K tidak dapat dihasilkan.

Organ Hati pula sebagai tempat memproses Vitamin
masih belum berfungsi sepenuhnya untuk terutama
bagi bayi pramatang, ataupun bayi belum cukup
bulan.

Bayi yang mengalami masalah Kekurangan Vitamin K yang teruk
berisiko mengalami pendarahan. Pendarahan boleh berlaku
pada kulit, hidung, mata dan saluran pencernaan.
Tandanya kita boleh lihat melalui muntah dan najis yang hitam,
bayi kelihatan pucat, pendarahan yang berterusan di tempat
suntikan. Ada pendarahan juga berlaku secara spontan tanpa sebab.

Yang paling serius adalah pendarahan di dalam otak
yang boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti
sakit kepala, muntah tiba-tiba, menangis terus menerus,
ubub-ubun membesar menonjol, kejang sehingga separuh sedar.

Pendarahan otak ini boleh menyebabkan kecatatan dan
juga membawa kematian.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kematian akibat
kekurangan Vitamin K ini. Suntikan Vitamin K terus
diberikan semasa bayi dilahirkan.

Apa yang menyebabkan Kekurangan Vitamin K ?

Bayi yang berisiko tinggi megalamai masalah
pendarahan ini adalah bayi pramatang, lahir
tidak cukup bulan, bayi yang lahir dari ibu
yang mengambil ubat anti-vitamin K seperti
ubat anti kekejangan dan juga ubat penyakit TB.

Bayi yang diberikan antibiotik berpanjangan
(kerana antibiotik turut membunuh bakteria normal
di dalam usus), bayi yang mengalami cirit-birit
berterusan dan juga bayi yang mengalami masalah
penyerapan.

Bayi yang hanya bergantung dengan susu ibu juga
mempunyai risiko kekurangan vitamin K.Tetapi,
manfaat Susu Ibu jauh lebih besar dan tetap
menjadi pilihan terbaik untuk bayi.

Akhir kata, adalah normal bayi anda diberikan
suntikan Vitamin K. Hasil kajian dan carian maklumat saya,
Di Malaysia, suntikan Vitamin K yang digunakan
dihasilkan oleh Syarikat Tempatan yang banyak
mengeluarkan ubat-ubatan halal.

Tiada keraguan untuk benarkan bayi anda
diberikan suntikan Vitamin K semasa lahir.


dipetik dari sumber Halal Science

MP : Banyak ubat-ubatan kita mengandungi enzim babi, so be careful....
         Picture : from google