REDEEM VOUCHER KESIHATAN PERKESO


Baucar kesihatan Perkeso aku dah redeem dan aku pilih KLINIK SAUJANA di Bukit Katil Melaka.


Kenapa aku pilih klinik nie? Kerana doktornya wanita melayu terakhir....
yer ler takkan nak check up pap smear doktor lelaki kannnnnn...(tak kuasa aku)
Sampai di klinik pertama sekali nurse akan ambil :-
i) data peribadi
ii) Ukur tinggi
iii) Ukur berat
iv) Ukur lilit dada
v) Urine FEME/Microalbuminuria
Bila masuk bilik doktor, doktor akan tanya :-
i) ada tak penyakit diabetes, darah tinggi dan pelbagai penyakit orang kaya....
ii) Periksa tekanan darah
iii) Ambil 1 tabung darah (aku tak tahu berapa pain)
Caranya: genggam jari jemari dan doktor akan cucuk jarum paling halus di lengan kita...(tak terasa pun sebab jarumnya halus sangat) sob sob aku tak tengok pun doktor nie cucuk jarum...bukan takut tapi serammmm jer...
iv) Buat pap smear (untuk perempuan sahaja....ok..)

contoh

Tapi kena puasa dulu sebelum buat appoinment dengan doktor...(baru berkesan ujian darah tu...) aku puasa start dari tengah malam , so kena ler pergi klinik pagi-pagi....(kalau tak , lapar lol...)
Selapas beberapa hari ambil result darah...semuanya ok tapi kolestrol jahat naik sikit so kena banyak makan buah-buahan dan sayuran.  Doktor syorkan makan minyak ikan (omega oil) baik untuk kesihatan dan menghalang kolestrol jahat ....
For info kolestrol jahat kalau bacaannya tinggi kesannya ialah salur darah boleh tersumbat dan menghalang darah mengalir ke jantung...itu yang boleh kena stroke @ tiba-tiba 'dead'.



MP : Staff klinik  layannya baik sangat....Lepas nie kena buat mamogram kat Putra Hospital....

Comments

  1. baru tahu.. heheh sebab sy xkeja tu yg xtahu

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita amik sambil lewa bab2 kesihatan ni kan. thanks for sharing!

    www.suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog