KERETA KEBAL ADNAN DAH SAMPAI.....

Photo: PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU

Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu
saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka
habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.

Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.

"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.

Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.

"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang
ke rumah masing-masing.

"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA
KERETA KEBAL ADNAN


Photo: KERETA Perisai tiba di Lahad Datu hari ini sebelum dibawa ke FELDA Sahabat dengan diiringi trak tentera dan polis untuk membantu Ops Daulat.

#PRAYFORSABAH
KERETA KEBAL ADNAN DAH SAMPAI....

Photo: 11R.G.K -SEARCH AND KILL-lalai sesaat..derita seumur hidup...
UNIT  K9

Shared dari Facebook ini aku storykan untuk uolls untuk menaikkan semangat dan jati diri sebagai rakyat Malaysia bersama-sama perajurit kita berjuang di medan perang Lahad Datu, Sabah.

komando..selamat petang.hari ni riuh sikit di lahad datu sana..berita yg admin dapat pun secara tak confirm.masalah pulak media nampaknya..ada pulak media yg dikatakan pandai2 menyiarkan gambar sebelum diberi kelulusan oleh pihak field commanders.ada pulak yg pandai2 buat statement guna nama individu dlm pasukan tanpa pengetahuan..media arus perdana pulak tu.yg buatnya bukan semua..tapi biasalah..sekor kerbau bawak lumpur..yg lain terpalit sama..pada siapa lagi kita nak harapkan sumber berita..melainkan kdp anggota yg berada disana.tapi tulah...bila diceritakan..ada pulak nanti suara2 sumbang..kata..mana bukti?media tak cakap pun?ikut sukalahhhhh....

yg admin dapat tau..sehingga petang tadi, pertempuran dgn saki baki penceroboh masih berlaku.mana taknya...dihantar arsenal2 ganas utk memburu saki baki bandits ni.antaranya...11 RGK yg dikenali sbg Unit Lawan Keganasan..atau geng pecah pintu dan kepala.yaaaaa...geng yg selalu demo pecah bata dgn kepala tu..diorg dh ada disana.admin mmg baik dgn geng ni..sbb diorg sentiasa dan banyak membantu admin.dahla tu..siap bawak K9 unit pulak..kpd yg tau..K9 berasal dr perkataan canine..bermaksud anjing.habis ah bandits tu..mana lagi mau lari??dah dikepung..dihantar plk geng pecah kepala yg bertaring masuk cari diorg.

selain itu...Adnan juga dah sampai.kpd yg tau..ia adalah kereta kebal serbaguna yg mengambil sempena nama arwah Lt Adnan.mak bertambah2 tekanan pd diorg.dhla perut dh kebulur..bantuan bekalan utk mereka disekat..dikepung dan diancam dr semu arah.tak kisahlah sekuat mana ilmu kebal diorg..lebih baiklah diorg serah diri dan letak senjata kalau diorg tu ada akal.

dan dalam pertempuran tadi..dikatakan ada anggota kita yg cedera.identiti belum diketahui..tapi cedera ringan saja dengarnya.harap2 betullah..harap2nya tak ada lagi anggota kita yg gugdah tu..keluar pulak berita..sitiram tu telah membatalkan gencatan senjata sebelah pihaknya.tah bila dia ada hak utk umum gencatan pun tak taulah.tak cukup dgn tu..dengar kata dia mintak tolong indonesia pulak.orang kalau dah lemas..sanggup buat apa saja.tindakan terdeak seorg nyanyuk.dia tak fikir ke semua ni sebelum ambik tindakan bodoh?orang mcm ni nak diangkat jadi sultan?jadi setan kot boleh...memandangkan keadaan terbaru ni..mungkin niat kita nak menarik keluar anggota terpaksa ditunda.yg menanti org2 tersayang tu pulang..mungkin terpaksa tunggu lama sikit.tapi tak apa..jangan kecewa.teruskan menyokong mereka dan menghantar sokongan serta doa buat mereka

admin bukan nak memandai..tapi admin rasa..sudah masanya utk final attack habis2an.sudah cukup sitiram dan banditnya menyusahkan kita.lagi lama ditunggu..lagi mengarut tindakan yg diambiknya..dan menyusahkan rakyat kita amnya..dan anggota kita khususnya.ini tanah berdaulat...sesuka hati diorg nk kurang ajar.jangan dibiarkan!!!...


MP : PICTURE FACEBOOK , FACEBOOK DAN FACEBOOK
       CREDIT KEPADA FACEBOOK

Comments

  1. selamat berjuang demi negara buat mereka...semoga masalah ni dapat ditangani dengan segera...

    ReplyDelete
  2. mari kita teruskan doa kita agar mereka selamat ..
    dan berjaya..

    Adnan..?
    baru tau..
    Sesuai!!

    ReplyDelete
  3. semuga semuanya akan berakhir dengan selamat..tak suka jadi camni

    ReplyDelete
  4. hope negara kita aman.. aminn..
    done singgah sini..

    ReplyDelete
  5. Semoga mereka berjaya & selamat dlm memerangi musuh! Amin!

    Eh.. baru perasan ada german sherpard terlibat dlm operasi ni.. siap pakai topeng..

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya berakhir dengan cepat....

    ReplyDelete
  7. kasi clear..... buat huru hara rakyat kita jer.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog