MAMOGRAM
Semalam aku pergi check mamogram di PUTRA Hospital Melaka. Voucher yang PERKESO bagi tu aku kena redeem di PUTRA HOSPITAL. Jam 8 pagi aku dah sampai di sana dan aku orang pertama yang akan diperiksa dengan mesin mamogram nie. Aku tak rasa apa masa diperiksa menggunakan mesin mamogramm, tapi staff yang mengendalikan tu cakap kena lembutkan badan supaya senang untuk diperiksa. For information kena tanggalkan baju supaya senang untuk diperiksa.....
APA ITU MAMOGRAM?
Mamogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-x yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN MAMOGRAM?
* Wanita berusia 40 tahun dan ke atas.
* Mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara
* Wanita yang tidak berkahwin
* Wanita yang tidak menyusukan anak
BAGAIMANA MAMOGRAM DILAKUKAN?
Pemeriksaan ini dilakukan oleh juru x-ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 30 minit. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin. Selepas itu didedahkan sinar-x akan dibuat. 2 keping filem sinar-x akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah.
Kekerapan menjalani pemeriksaan
# Wanita yang berusia 40 ~ 50 tahun - 2 tahun sekali
# Wanita yang berusia 50 tahun ke atas - setahun sekali
MP : Tiada alasan untuk mengelak dari membuat pemeriksaan mamogram dan jangan risau.......
Picture : sumber google
bnyk kelebihan bila buat mamogram ni kan. setiap wanita wajib lakukan ujian ni. penting utk kesihatan kita :)
ReplyDeletesakit..
ReplyDeletekena kepit!!
Biasa ler Dr...sakit sikit jer...he he he
Deleteteringat mama saya dulu pernah buat mammogram masa nak detect ketumbuhan di payu dara dia... Alhamdulillah sekarang beliau dah sembuh...
ReplyDelete