KENAPA TENTERA BELUM SERANG PENCEROBOH ASING DI LAHAD DATU?


Berita terkini dari KPN menyatakan 8 ORANG KOMANDO POLIS DAH TERBUNUH... TETAPI  KENAPA TENTERA BELUM SERANG PENCEROBOH-PENCEROBOH ASING DI LAHAD DATU?

Rasa terpanggil dan perasaan ingin tahu, kenapa...kenapa..... dan inilah hasil carian saya....dan kongsikan....


Ketika rehat sat dari "kehidupan oncall", kes pun tak ada di panggil lagi, aku sempat berbual dengan seorang abg "komando" dari Kem Tentera Terendak..

Ada beberapa persoalan yang aku Tanya kepada Beliau, antaranya,

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"

Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak akan mengeluarkan sebarangan arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..

Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kena stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg..mudah mudahan semuanya aman Dan selamat kat sana..Amin.." -MTaJ







                                                 VIDEO LAGU INILAH BARISAN KITA


Semoga orang awam di luar sana faham akan peranan yang dimainkan oleh anggota-anggota keselamatan kita samada PDRM atau ATM.

Sumber : Facebook Reformasin

Comments

Popular posts from this blog