Keputusan SPM 2012 : Seramai 15,793 calon dapat semua A

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A
KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menunjukkan laporan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 selepas membentangkannya di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, pagi tadi.



PUTRAJAYA: Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 20122 berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata ia meningkat 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. 

Beliau berkata, seramai 13,721 calon itu dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011. 


Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sini, sebentar tadi.


MP: Good luck kepada semua pelajar yang berjaya di dalam SPM....
   Sumber  :  Berita Harian

Comments

  1. congrats pada adik2 yang berjaya dapat straight As or few As dan pada yang kurang berjaya, it's not the end of the world... masih panjang lagi perjalanan dan langkah hidup ini... ^_^

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk anak2 yang berjaya...yang kurang berjaya jangan putus asa..

    ReplyDelete
  3. tahniah buat yg cemerlang.... ingat...ini cuma permulaan...byk cabaran yg akan menanti nanti..... all the best!

    ReplyDelete
  4. singgah sini...
    tahniah buat mereka yg cemerlang..sijil spm memang berharga..

    ReplyDelete
  5. Teringat zaman zaman ambik spm dulu. Dah berpuluh tahun berlalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog