Tuesday, July 23, 2013

Bazar Ramadan Di Hang Tuah Mall Melaka

Minggu lepas aku pergi ke bazar ramadhan di Hang Tuah Mall Bandar Melaka.  Kali ini bazar ramadhan dibuka di Hang Tuah Mall, pada tahun-tahun sebelum ini ia dibuka di Taman Cempaka, Peringgit Melaka.
Bagi memeriahkan suasana dan mengelakkan laluan yang sesak ia dipindahkan ke Hang Tuah Mall.
Lokasinya senang sangat ia terletak berdepan dengan kolej UTEM Bandaraya Melaka dan UITM Bandaraya Melaka.
Ia merupakan jalan sehala dari Jalan Munshi Abdullah ke Jalan Hang Tuah.  

Ia juga berdekatan dengan Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu).
Parking kereta memang banyak, di sekeliling kawasan ada disediakan tempat parkir kenderaan.
Aku parkir kereta berdekatan dengan Kolej UITM.
Menapak aku dan anak-anak untuk pergi ke bazar, tak der jauh sangat.


Anggota RELA, PDRM dan MBMB ditempatkan di situ bagi melancarkan trafik dan suasana di bazar ramadhan.
Kebetulan masa aku pergi ke bazar terserempak dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang melawat kawasan bazar dan bertanya khabar pada para peniaga.
Menjelang lewat malam makin ramai orang yang datang
 ke bazar di situ.
Apa aku beli, aku hanya servey baju, tapi sempat mencapai tudung untuk si gegirl sorang ini..
(tudung cap ayam katanya....)


Memang meriah suasana di bazar dengan gelagat peniaga-peniaga yang sahut menyahut bagi melariskan jualan.  Pada malam raya lagi meriah sebab dorang akan lelong barang masa tu....
Semoga tapak bazar ramadhan yang baru ini menjadi popular dan pilihan orang ramai.....



Bazar ramadhan di sini memang dekat dengan rumah aku so tak der hal ler anytime aku boleh terjah lagi....
Lagi satu bazar ramadhan menjadi pilihan terletak di 
Dataran 1 Malaysia di pantai Klebang....dengarnya meriah 
tapi laluan tu mesti jammed sebab kenderaan 2 hala 
menghala ke sana....
Nak kena terjah nanti, tapi tak tahu bila....tunggu poket kembung kembali....hehe






MP :  Belum lagi beli baju raya....bila nak beli nie...tema coklat tahun ini....