Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Di PUSASDA - Siri 2
Perajurit Muda berbaris |
semasa majlis berkenaan ada penyampaian hadiah untuk perajurit muda terbaik, penembak terbaik dan sebagainya....(nanti aku citer....)
Perajurit Muda mendengar ucapan.... |
acara kawad keluar padang...... |
Usai majlis tamat aku berkejar mengikut langkah budak perajurit muda ke hostel memasing....(berkendong ler bekalan dijinjit ke hostel...hehe)
Jauhnya perjalanan dari padang kawad ke kawasan hostel. Anakku di hostel paling hujung iaitu di Kompeni Golf. Sampai di sana perajurit muda dikehendaki menyimpan peralatan senjata dan topi perang di tempat yang disediakan. Kelihatan makanan untuk tetamu ada disediakan oleh pihak ATM di khemah dan di dewan makan.
Pandangan kat luar Kompeni Golf |
Hampir setengah jam aku menunggu anakku keluar dari kompeni dan akhirnya berjumpa di depan dewan makan, apalagi sessi bergambar dulu dan bersalaman mukadimah pertemuan kali ini. (rasa bangga selepas tengok dia tamat latihan)
best friend..... |
Bercerita panjang kali ini setelah lama tak jumpa.
Oppss sementara kengkawan anakku sibuk mengambil gambar, aku jengah ke dewan makan untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong, maklum ler dari subuh tak mengisi perut. (tak der selera makan sebenarnya selagi tak berjumpa dengan anakku)
Menu nasi beriani aku rasa memang betul-betul macam makan kat dalam hutan (tawar melesei kata orang Negeri Sembilan), kalau perut dah lapar tu apalagi bedal jer ler...
sempat posing lagi, siap jinjit beg.... |
close up picture....(gelap sikit) happy nampak... |
Bersama Best friend anak, dia baru tamat latihan Air force |
jamuan...hehe |
Autograph untuk tetamu |
Untuk kesekian kalinya aku masuk ke kawasan kem di sini dan dapat menyaksikan para ibu bapa dan tetamu mencari anak @ adik @ abang @...... memasing setelah lama tak bersua....
Ada drama yang sedih, gembira, teruja dan pelbagai klik yang tak dapat diceritakan dengan kata-kata hanyalah pengalaman disandarkan pada kenangan di PUSASDA.
Semoga perajurit muda berkhidmat sebagai tentera yang sejati, tabah demi agama, bangsa dan negara tercinta.....
Sekian.....
MP : Baru tahu anakku posting di Sandakan, Sabah di unit 22 Rejimen Askar Melayu....
semakin jauh di mata tapi dekat dihati.....
Semoga perajurit muda berkhidmat sebagai tentera yang sejati, tabah demi agama, bangsa dan negara tercinta.....
Sekian.....
MP : Baru tahu anakku posting di Sandakan, Sabah di unit 22 Rejimen Askar Melayu....
semakin jauh di mata tapi dekat dihati.....
Comments
Post a Comment