Status Halal Minyak Yu Yee
Status halal minyak Yu Yee Cap Limau banyak diperbincangkan di facebook dan blog.
Saya percaya ramai Ramai ibu bapa di Malaysia menggunakan Minyak
Yu Yee @ Yuyi Cap Limau untuk melegakan atau mencegah kembung
perut pada bayi mereka.
Malah, ada juga orang dewasa yang menggunakan minyak Yu Yee untuk
merawat pening, kembung dan sebagainya.
Sejak tahun 2011, ada beberapa versi cerita yang mendakwa
Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi yang disebarkan melalui
Facebook dan juga email.
Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu Yee
mengandungi unsur babi.
Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada Pihak JAKIM dan antara
jawapannya ialah:
" Oleh kerana Jakim belum lagi menjalankan ujian kimia ke atas
produk ini untuk menentukan status kehalalannya, maka terpulanglah
kepada saudara samada terus menggunakan produk tersebut atau
sebaliknya. Pada pandangan panel , sekiranya kita tidak menggunakan
minyak yu yee pun tidak menjadi masalah kerana masih banyak minyak
angin jenama lain yang ada di dalam pasaran yang boleh kita
gunakan tanpa was-was."
Minyak Yu Yee Cap Limau ataupun Yu Yee Oil Cap Limau Liniment
merupakan produk tradisional yang berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia sejak tahun 1999. Dikilangkan oleh Syarikat Weng
Seng Medical Factory Sdn Bhd, Paya Terubong, Pulau Pinang Malaysia.
EKSKLUSIF!
Untuk menjawap pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng
Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji
di 2 makmal berbeza. Keputusan seperti gambar yang saya lampirkan.
1. Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR.
Keputusan Negatif.
2. Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard).
Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.
Mengikut peraturan pendaftaran produk farmaseutikal (DRGD) di
Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan jika produk
mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang
menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu,
babi ataupun haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat memberi kelegaan kepada
pengguna muslim yang selama ini menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau.
Email saya ni bukanlah untuk menyokong produk keluaran bukan Islam,
tetapi hanya untuk memberi penjelasan dan pengesahan kepada ramai
umat Islam yang bertanya.
Jika kita rasa ragu dan was-was terhadap produk yang kita gunakan,
lebih baik kita tinggalkan dan bertukarlah kepada produk keluaran
Muslim ataupun produk yang kita yakini.
Sumber
Picture : google
MP : Semoga kita menggunakan produk halal Toyyiban.....
Comments
Post a Comment