Sandakan Aku Datang.....
'Sandakan Aku Datang' tajuk macam menarik, saat entry ini ditulis aku masih lagi BBM dengan anak aku sebelum beliau berlepas untuk bertugas di 22 RAMD Kem Kinabatangan Sandakan, Sabah.
Akhirnya tamat cerita PUSASDA dan lepas ini cerita Rejimen Askar Melayu DiRaja pulak.....
Anak lelakiku telah lapor diri di pusat transit MINDEF hari isnin lepas dan sepatutnya akan ke Sandakan selasa hari itu
tetapi 13 RAMD akan berlepas dulu ke Kem Sri Aman
Sarawak.
tetapi 13 RAMD akan berlepas dulu ke Kem Sri Aman
Sarawak.
Ramai yang akan berlepas terdiri dari anggota
7 RAMD, 3 RAMD dan 22 RAMD.
7 RAMD, 3 RAMD dan 22 RAMD.
Seramai lebih kurang 27 ++ orang bersama pegawai akan melapor diri di 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan menaiki flight Air Asia. Dijangka petang nanti akan berlepas ke sana.
Hanya whatsapp, wechat @ BBM yang menghubungkan aku dengan anak lelaki sulungku di sana. Hari Raya Aidilfitri kali ini beliau akan bertugas di sana.
Sedih...! Sedih ler lebih-kebih lagi sekarang aku tengah mendengar lagu raya kat
radio suriafm dendangan Sudirman 'Dari jauh kupohon maaf'....menitik air mata ini.....
Semoga beliau selamat sampai, kuat semangat dan tabah dalam menjalankan kewajipan kepada agama, bangsa dan negara.....
Aku rasa dalam tempoh lebih kurang 5 tahun @ lebih beliau akan berkhidmat di sana menabur bakti untuk ibu pertiwi. (dengarnya januari nanti ada operasi)
Insya-Allah ada rezeki aku akan ke sana......aminnnn....
Insya-Allah ada rezeki aku akan ke sana......aminnnn....
Mp : Rasa sebak bila mengarang entry kali ini.......
Comments
Post a Comment