Hari Sukan Sekolah Di Stadium IPPM Melaka
sekitar IPPM |
Ini cerita seminggu sebelum puasa, hari sukan Sekolah anak aku (SKT 2) diadakan di Stadium Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPPM) dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Melayu Melaka.
Actually aku dah lama tak masuk maktab perguruan ini, last pergi masa zaman sekolah menengah dulu ikut cikgu maktab, so bayangkan dah berpuluh tahun tu...hehe (nampak sangat aku dah .....oppss...)
Anak lelakiku dari pasukan rumah kuning dan memasuki acara larian....
Ada pasukan rumah hijau, biru dan merah. Rumah kuning telah menjadi johan antara rumah sukan dan seorang daripada ahli rumah kuning mewakili peringkat negeri dalam acara sukan (tak ingat acara apa)dan dia telah memenangi 6 pingat emas peringkat rumah sukan. Menurut kata cikgu murid berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke sekolah sukan may be di Bukit Jalil @ sekolah sukan yang lain.
Pertolongan dan kerjasama yang diberikan oleh bakal-bakal cikgu dari Maktab Perguruan amatlah dihargai.
Acara untuk ibu bapa yang hadir juga diadakan dan last acara tarik tali antara bakal-bakal cikgu maktab dan rumah sukan....
Jom kita tengok gambar kandid semasa acara sukan berlangsung.....
acara tarik tali antara cikgu-cikgu maktab perguruan |
MP : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka terletak di jalan Durian Daun berhampiran dengan Stadium Bukit Serindit Tun Fatimah, Melaka.
Comments
Post a Comment