Menyelami Kehidupan Komando
ROMBONGAN petugas media ke Pusat Latihan Pasukan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, Melaka baru-baru ini benar-benar memberi pengalaman baharu kepada mereka.
Rombongan kira-kira 100 peserta pelbagai pertubuhan media termasuk cetak dan online dibawa menyelami kehidupan para komando selama dua hari satu malam di pusat berkenaan.
Peserta telah diajar cara menggunakan senjata api seperti Sub Mesingan MP5K3 dan pistol SPL Victor 9 milimeter (mm) dan teknik terbaik dalam menjadi seorang penembak tepat.
Petugas media juga bukan sekadar didedahkan dengan penggunaan senjata api malah mereka turut dibawa melihat sendiri setiap cawangan latihan di pusat berkenaan termasuk cawangan payung terjun atau Rigger.
Cawangan Rigger yang merupakan cawangan terpenting terutama dalam memastikan payung terjun digunakan penerjun sentiasa dalam keadaan selamat.
Di cawangan tersebut, beberapa jenis payung terjun Grup Gerak Khas (GGK) ditunjukkan termasuk Mach III Alpha 325, Tactical Parachute Delivery System (TPDS), dan Para Foil dari Amerika Syarikat (AS) serta Multi Missions System Tendem Blue dari Perancis.
Demonstrasi latihan pula diadakan di dalam kawasan persediaan (hanger) dan juga di kawasan lapang.
Di sini, pihak media diperkenalkan dengan jenis-jenis payung terjun dan peralatan digunakan dalam penerjunan Statik dan juga penerjunan bebas.
Penerangan dan demonstrasi melipat payung terjun ditunjukan kepada wakil media yang hadir. Dianggarkan sebuah payung terjun biasa mengambil masa sekurang-kurang 20 hingga 30 minit untuk dilipat dan seorang pelipat cuma boleh melipat sebanyak empat sehingga lima payung terjun sahaja sekali.
Langkah tersebut dilakukan bagi memastikan setiap pelipat dapat menumpukan tugas mereka terhadap semua aspek keselamatan payung terjun berkenaan sekali gus dapat menyelamatkan nyawa penggunanya jika berlaku sebarang kesilapan di udara.
Di sebelah petang, para peserta telah dipertunjukan demonstrasi memanjat tembok, Flying Fox, Abselling dan Repelling, Tarzan Course dan juga Exit Door. Peserta juga boleh mencuba semua latihan yang dipertunjukkan kecuali Tarzan Course memandangkan halangan tersebut adalah berbahaya untuk dilakukan.
Selepas itu, para peserta diberi peluang untuk menembak dalam rumah menembak atau dikenali sebagai Killing House yang digunakan hanya oleh pasukan khas.
Disebelah malam, para petugas media disajikan dengan makan malam barbeku dan diiringi oleh nyanyian dan muzik dendangan kumpulan muzik dianggotai sendiri oleh pasukan rejimen gerak khas.
Majlis ini dikejutkan dengan demonstrasi penyeludupan dan penculikan oleh Pasukan Bot Perahu Khas (SBS) semasa ucapan terima kasih oleh urusetia program.
Pada keesokan harinya, peserta memulakan aktiviti dengan senaman pagi dan diikuti dengan mendayung perahu bot tempur. Peserta dikehendaki untuk mendayung sejauh 2km dari pantai dan kembali ke pantai.
Program diteruskan dengan Pertandingan Menembak yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu MP5K3 (Lelaki), MP5K3 (Perempuan), Pistol (Lelaki), Pistol (Perempuan) dan MP5K3 Menembak Piring (Antara Agensi Media).
Majlis penutup dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohd. Affandi Raja Mohd. Noor.
Pelbagai demonstrasi diadakan semasa upacara penutup diadakan antaranya Demonstaris Agility Shooting dan demontrasi penembak International Practical Shooting Competition (IPSC).
Sumber : UTUSAN MALAYSIA & Facebook
MP : Pernah pegang steyr...
Comments
Post a Comment