Saturday, July 27, 2013

Tentera Maut DiPanah Petir

Tentera maut dipanah petir


  Jenazah Mohd Razid (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Kota Tinggi 
                                  untuk dihantar ke masjid Pulada, malam tadi.

Kota Tinggi: Seorang anggota tentera maut manakala rakan setugasnya cedera disambar petir ketika mereka memasang khemah di kawasan latihan ketenteraan di Lembah Pelepah di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 6.45 petang berdekatan Kampung Temenin Baru itu, anggota Markas 6 Renjer, Mohd Razid Sadiran, 25, mati di lokasi kejadian. 

Sementara anggota Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, Azwan Abdullah, 25, cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). 


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat ketika kedua-dua mangsa mendirikan khemah. 

“Secara tiba-tiba lokasi terbabit disambar petir menyebabkan Mohd Razid rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera. 

Buat persiapan 

“Mayat Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada dekat sini untuk pengurusan jenazah malam tadi (kelmarin),” katanya. 
Jenazah anak kelima daripada 11 beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nitar, Mersing, semalam. 

Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama kira-kira 11 lagi anggota tentera adalah pasukan awal yang memasuki kawasan yang terletak tidak jauh dari banjaran Gunung Panti dan Gunung Muntahak terbabit, bagi membuat persiapan sebelum ketibaan anggota lain untuk latihan hutan selama seminggu. 

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari rakan setugas lain apabila mereka tidak muncul menjelang waktu berbuka puasa.


Sumber

MP : Takziah pada keluarga mangsa, kita kena redha di atas segala kejadian yang menimpa....teringat anak
         di Sandakan, Sabah.......