Wednesday, April 23, 2014

Lemak Jahat Dan Lemak Baik

Fakta Tentang Lemak Baik Dan Lemak Jahat


Hari ini aku nak share tentang lemak baik dan lemak jahat.  Macam lucu jer kan....rasanya masa belajar sains di zaman sekolah dulu aku tak pernah tahu ada lemak jahat dan lemak baik.  Tetapi rupa-rupanya ada 2 jenis lemak.

Untuk pengetahuan uolls, lemak juga merupakan asas penting dalam diet disebabkan sifatnya yang membekalkan tenaga.Tambahan pula,lemak turut menambahkan keenakkan dalam makanan. Memang best lemak ni.

Tetapi, pengambilan lemak secara berlebihan dalam diet mampu menjejaskan kesihatan sekaligus menimbulkan masalah obesiti. Oleh itu, kita perlu kawal pengambilan lemak dalam makanan seharian.

Lemak jahat yang sering dikaitkan dengan punca kepada kebanyakan penyakit adalah lemak tepu. Lemak tepu ini biasanya ditemui dalam makanan yang bersumberkan haiwan.

Apabila uolls memakannya, ia boleh menyebabkan paras kolesterol dalam darah meningkat dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Jika uolls ada penyakit tekanan darah tinggi, dan memakan lemak tepu, uolls juga boleh diserang STROKE!

Jadi, apakah sumber lemak yang bagus?

Jawapannya adalah lemak baik.

Lemak baik boleh didapati daripada lemak politaktepu dan monotaktepu.
Contohnya: Minyak sayuran, olive oil, fish oil.

Walaubagaimanapun, biasanya kita terlupa tentang lemak ni.

Oleh itu, untuk tidak makan lemak jahat secara berlebihan, uolls boleh amalkan tips di bawah:


1. Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kolesterol.

2. Kurangkan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
3. Semasa memasak, guna minyak dengan kuantiti sedikit.
4. Pilih daging tanpa lemak. Jika ada kulit, jangan masukkan dalam
menu makan.
5. Hindarkan penggunaan lemak dalam masakan seperti majerin.
6. Masak dengan cara alternatif seperti mengukus.

MP :  Bila umur dah meningkat nie banyak penyakit yang datang......