Pokok Tecoma Namanya



Sana sini warna warni bunga Pokok Tecoma ini dimuat naik di media sosial. Pemandangan yang menakjubkan ini biasanya terdapat di negara Korea tetapi tahun ini kecantikan bunga-bunganya yang sedang berkembang dan berguguran seakan menggamit kita untuk berada di bawah pohonnya.

Pokok tecoma atau dikenali juga dengan pelbagai nama seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Pink trumpet tree, Pink poui, Pink tecoma atau Rosy trumpet tree manakala nama saintifiknya adalah Tabebuia rosea dari family Bignoniaceae. Pokok ini dikatakan berasal dari selatan Mexico, ke Venezuela dan Ecuador. Ia telah ditemui tumbuh dari 1200 m paras laut dalam suhu di antara purata 20°C hingga 30°C dengan hujan tahunan melebihi 500 mm.


Sebenarnya pokok-pokok kertas tisu ini bukan sahaja sedang mekar penuh di Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Melaka atau Johor Bahru, malah ianya juga sedang mekar kembang di San Jose, di Costa dan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Fenomena cuaca panas dan kering pada bulan Februari dan Mac yang lalu secara umumnya telah menyebabkan pokok tecoma ini berbunga kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian untuk menggalakkan proses pendebungaan.

Bunga pokok tecoma bersaiz besar, dalam pelbagai nada warna iaitu merah jambu ke ungu, putih, merah dan muncul ketika pokok ini tidak mempunyai atau sangat sedikit daun.

Di Malaysia, pokok kertas tisu banyak ditanam sebagai tanaman landskap taman atau penghias sepanjang jalan atau dalam kawasan bandaraya kerana bentuk konopinya yang sesuai dijadikan sebagai pokok lindungan. Warna bunganya yang pelbagai menjadikan tanaman ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik apatah lagi ketika musim ianya berbunga.



kredit : sumber

MP :  Malaysia dah ada musim panas, musim luruh, musim bunga dan musim sejuk......

Comments

Popular posts from this blog