Ini Cerita Semalam
Inilah hasilnya....set langsir dan cadar
Ini cerita semalam....sempena hari cuti Melaka Bandaraya Bersejarah, aku ke Aeon Jaya Jusco di Bandaraya Melaka. Sampai di sana kelihatan kawasan parkir telah penuh.....berpusing-pusing aku mencari parkir yang sesuai.
Aku telah capai 1 set kain langsir bernilai RM 50 dan 2 set cadar bernilai RM 25 setiap satu. Puas hati ler.....Set cadar ini aku capai semasa dorang buat sale 'happy hour' dalam tempoh 30 minit....berebut orang ramai dapatkannya, bayangkan harga set cadar ini beratus-ratus tapi dengan tempoh 'happy hour' turun menjunam. Itu pun belum masuk lagi set bantal yang macam kat hotel tu turun sehingga ke harga RM 30 untuk sebiji bantal, tapi aku tak beli...hihihi...
Kalau nak cerita memang bertroli ler dorang shopping sakan kat Aeon Jaya Jusco. Janji ada duit banyak barang yang boleh dibeli dengan harga yang betul-betul murah.
tengok kain langsir...... |
MP : Lagi 2 bulan dah nak masuk bulan Ramadhan.....
Comments
Post a Comment