Asam Pedas Instant Paste
Asam Pedas Instant Paste |
Satu hari semalam memang memenatkan menyiapkan dokumen penting. Balik jer rumah aku dah fikir nak masak yang ringkas dan instant. Penat ler.......
So semalam aku masak ikan pari asam pedas yang sedap.....Aku menggunakan instant paste dari brand Jasmani. Ia merupakan produk bumiputera keluaran anak Negeri Melaka. Memang terasa kepedasan asam pedasnya. Cuma tambah air dan ikan sahaja. Tetapi aku letak bawang, bende dan sedikit daun limau purut sebagai rencah dan menaikkan bau asam pedas instant ini.
Asam Pedas |
Kekangan waktu bagi wanita yang bekerja macam aku ni semuanya perlu berjalan pantas. Ini first time aku menggunakan instant paste ini... (walaupun anak Negeri Melaka aku jarang masak asam pedas) lagi pun aku dah lama tak masak asam pedas. Time aku masak, anak aku tanya mama masak apa? Baunya sedap....nampak....so aku tambahkan lagi ikan pari. Tadi aku dah tanya makan ikan pari tak? Dak bang nie pulak tanya balik kat aku...ikan pari tu macam mana? yang leper tu ker? hihihi...yea kan jer.....
Time makan bertambah nasi...kuahnya pekat dan agak pedas sikit...tapi sedap...
MP : Hari ini nak masak apa pulak......
Comments
Post a Comment