Apa Itu Rangsum Tempur ?

sumber
Agak-agak uolls tahu tak apa benda di atas nie ?  Kalau tak tahu meh sini aku nak citer......Gambar di atas merupakan Rangsum Tempur Basah/Kering (RTBK).


Ia merupakan sumber makanan yang perlu dibawa oleh tentera kita sekiranya melakukan operasi dan melakukan tugasan di luar kawasan.  Di dalamnya terdapat pelbagai makanan yang sedia untuk dipanaskan.  Antaranya nanas dalam sirap, kari daging, kurma ayam, sup suhun, bubur gandum, bubur pulut hitam dan ada beberapa lauk yang lain.  Dalam pada itu terdapat paket beras dan garam.

Terdapat juga jem nanas dan  biskut kering.  Ini merupakan pilihan sampingan. Jangan tak tahu ada disediakan juga lilin dan mancis api untuk memasak makanan juga minyak masak.

Tak lupa juga ada set minuman iaitu kopi, teh, susu tepung penuh krim segera dan gula.  Walaupun masuk ke dalam hutan tetapi nak juga rasa minuman ini, bukan minum air kosong jer.

Di samping itu ada set makanan dan minuman ada juga pil panadol dan vitamin terdapat dalam rangsum tempur ini.  Semuanya ini untuk kemudahan anggota-anggota tentera kita.

Untuk makluman semua set makanan dan minuman ini di packing menggunakan plastik bukannya dalam tin.  Rangsum Tempur ini juga dipanggil combat/battle ration.  Ia mengandungi set menu A, B, C  (kalau tak silap ler)


Aku pernah dapat Rangsum Tempur di Kem Terendak pada hari Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas sewaktu memasuki pertandingan memasak.

Entrynya di sini.
MP :  Suka makanan dalam Rangsum Tempur...mudah dan sedap sekali.....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog