Peringatan Bersama
sumber |
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk,jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Sharing dari ustaz zahazan.
MP : sekadar pesanan bersama......
Comments
Post a Comment