Rezeki Semasa Menghadiri Mesyuarat PIBG Sekolah
Ini cerita petang jumaat lepas. Aku telah menghadiri mesyuarat agung PIBG di sekolah MGS2 kat Tengkera.
Kehadiran parent yang datang sememangnya amat memberangsangkan. Sokongan dan peranan PIBG perlu berjalan seiring dalam membentuk sistem persekolahan yang berjaya untuk anak-anak kita.
Setelah berakhirnya mesyuarat PIBG tersebut ada pelbagai acara dari pelajar sekolah dipertontonkan kepada penonton yang hadir. Last sekali ada cabutan nombor bertuah untuk kehadiran yang betul-betul bertuah. Memang teruja bila saat-saat nombor disebut oleh pengerusi majlis. Hadiah cabutan nombor bertuah yang disediakan kepada parent memang agak banyak dan berbaloi tunggu sehingga majlis selesai.
beras floral 10 kg |
Ada yang dapat sabun basuh baju, set cadar, set pinggan mangkuk, milo, nescafe, beras dan banyak barang keperluan lain. Memang berbaloi ler kalau tunggu sampai habis majlis ini. Agaknya memang rezeki aku tunggu sampai habis, aku dapat sekampit beras Floral 10 kg. Macam tahu-tahu jer kat rumah beras dalam tong beras aku dah habis....(cukup untuk stok sebulan) Cer tengok gambar.....huhu...maklum ler kais pagi makan pagi...kais petang makan petang....inilah kehidupan.......
tong beras |
Terima kasih buat Pengerusi PIBG dan AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat kali ini.
MP : Best dan berbaloi.......
Comments
Post a Comment