Air Tapisan Mineral



Kalau di negeri Selangor sibuk mengenai cerita catuan air.  Tetapi di tempat aku sibuk dengan air mineral.  Air yang keluar dari paip di rumah aku tidak bersih dan rasanya tidak sedap.

Maklum ler di rumah tiada penapis air, so terpaksa ler aku ke kios yang menjual air yang ditapis. Pelbagai jenama yang ada untuk mendapatkan air tapisan yang bersih.  Pastinya ia murah seperti gambar di atas.  Untuk 1 liter hanya 20 sen dan 5 liter hanya 50 sen.

Air mineral ini aku gunakan untuk dibuat minum sahaja.  Tak tahu pulak aku kenapa air di sini rasanya tak sedap atau paip air yang dah lama tak bertukar dari besi ke pvc....?



Masa aku mengambil air tapisan ini ramai pulak yang beratur semuanya tong yang besar bersaiz 20 liter.  Aku punya jer yang 5 liter.  Tapi aku ada 3 bekas 5 liter..... cukup ler untuk stok 3 hari.....hihihi....

Nak beli penapis air yang berjenama popular tu belum berkemampuan lagi....

MP :  Air merupakan modus operandi yang popular sekarang nie.....

Comments

Popular posts from this blog