Tuesday, April 29, 2014

Sakit Kepala Lagi


Semenjak boss aku balik dari Perth, dari semalam sehingga hari ini dan minggu ini sememangnya aku busy.


Tengahari tadi boss ada belanja nasi lemak dan mee goreng dari kedai popular di Tengkera tu.  Boss aku nie memang suka belanja kita orang bebudak opis nie.  Tetapi yang paling tragis kalau time dia hot hari tu sure keesokannya dia mesti belanja makan.  Maklum ler nak amik hati staff dia. Bukan senang nak jaga hati kita orang nie, kang semua berenti baru padan muka dia....

Sebenarnya aku nak citer tengahari tadi kepala aku sakit yang teramat sangat.  Setel kerja kat opis, aku pun balik ler rumah.  Biasanya kalau sakit kepala aku terus tidur. Bila tidur sekejap dah rasa lega sikit,  tapi tadi memang dah tak boleh nak bangun.  Boleh pulak aku muntah....segala yang aku makan keluar balik....berdenyut-denyut kepala ini.

Lantas aku whatsapp my colleague cakap tak masuk balik.  Sorry ler boss sure dia tunggu aku nak discuss fasal new house dan sewaktu dengannya.

Lepas maghrib nie aku baru nak pergi klinik, tadi siang memang tak larat.  Apa ler penyakit kepala ku datang lagi.  Dah lama tak kena seteruk ini. Apa-apa pun aku mesti tanya doktor apa puncanya....

MP: pergi klinik Zara kat Malim....
 Kalau ok aku nak bw terjah blog uolls....hope hilang sakit kepala ini..
Type from Note 3....