PUSASDA DI PORT DICKSON
Entry nie berlaku pada 02/03/2013 yang lalu tapi baru hari ini aku story kat sini....kenangan di PUSASDA Port Dickson bersama anak bujang aku yang menjalani latihan Perajurit Muda sessi pertama 2013. Setelah hampir 3 bulan tak jumpa baru ler pada hari Angkatan Tentera Malaysia hari tu parent boleh berjumpa dengan anak yang mengikuti latihan Perajurit Muda di PUSASDA Port Dickson. Sememangnya aku dah planning nak ke PD pada tarikh tu sebab nak tengok hari ATM dan bila dapat call dari anak lelaki di PD aku dah jangka memang boleh berjumpa.... Bila diceritakan pengalaman mengikuti kursus perajurit muda nie rasa terpana dan teruja ... Setakat keluar muntah hijau, minum berbotol-botol air mineral supaya tak mengalami hidrasi, bangun awal pagi jam 3 @ 4 untuk bersihkan senjata api, mengangkat balak sekiranya melakukan masalah disiplin menjadi suatu pengalaman berharga yang tak semua boleh mendapatnya dengan mudah... Antara latihan yang dijalani oleh perajurit muda ialah menjalani