Melawat Ke Zoo Melaka

website Zoo Melaka
Hari ini anak aku yang no. 3 (my son) bangun pagi sikit nak pergi 
lawatan ke Zoo Melaka.
Memang dia bangun time tu jugak setiap pagi....hehe tapi semangat bangun tu lain sikit, maklum ler nak pergi mengikuti rombongan sekolah.....
Sempena exam UPSR yang sedang berlangsung..(hari ini last day), pihak sekolah ada mengadakan lawatan ke Zoo Melaka untuk murid-murid sekolah bagi 

mengisi masa terluang dan memenuhkan kekangan waktu di sekolah.
(supaya tak menganggu pelajar tahun 6 menghadapi exam UPSR)
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 15 termasuk tambang bas, tiket masuk ke Zoo Melaka dan makan minum di sana nanti. Kalau rombongan pelajar sekolah
mungkin ada special discount yang diberikan. Zoo Melaka juga ada 
dibuka pada malam hari dihujung minggu dan waktu cuti sekolah.
Semoga cuaca baik hari ini, pelajar seronok dan belajar tentang dunia haiwan dan
sains semasa lawatan di Zoo Melaka. 
Semasa entry ini ditaip kelihatan gerimis mengundang kat luar cermin tingkap office aku ini menerjah basah di hujung jari.....menandakan hujan membasahi bumi Melaka ini lagi.....(sejuk...)

Picture : google

MP :  Banyak tempat menarik di sekitar Melaka, terutamanya di Banda Hilir ada banyak muzium boleh dilawati......
Jom Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah....

Comments

Popular posts from this blog