Kenangan Di Pusasda - Siri 1


Rentetan dari entry sebelum ini mengenai PUSASDA, aku sambungkan sikit mengenai latihan dan pengalaman di PUSASDA berdasarkan penceritaan dan pengalaman anakku di sana.
Pengalamannya di sana, situasi, kenangan dan susah payah mengharungi latihan sampai keluar muntah hijau semasa membuat latihan. (tergelak jap)  dia ceritakan kat maklong dan pakciknya selepas tamat latihan dulu, semasa kat kampung... dengan aku dia tak cerita sangat....Berdasarkan CD yang kita orang tengok ramai-ramai kat kampung tu, dia ceritakan masa latihan di padang kawad ada latihan bergolek-golek 
(pusing-pusingkan badan) mengikut tebing bukit berdekatan dengan hostel tu, 
pagi tu dia makan sosej...memang sedap ler....tak sangka lepas itu ada 
latihan bergolek-golek tu...masa tu ler keluar muntah hijau akibat latihan....

Tersesat semasa mencari pandu arah di dalam hutan kelapa sawit bersama platunnya, keluar masuk hutan tak jumpa arah, turun naik bukit entah ke mana arah kompas ini nak hala, berkilometer berjalan kaki menuju ke satu arah dalam hujan lebat dan nak kena fokus kemana arah jalan keluar sebenarnya.......Akhirnya dapat jumpa dengan platun lain dan berkumpul semua di check point pertama.
Ujian pandu arah ini penting, sekiranya tersesat semasa mengadakan operasi di dalam hutan haruslah mengetahui jalan keluar dan jalan untuk menyelamatkan diri.

Semasa masuk di dalam hutan di Sua Betong Port Dickson terjumpa dengan ular sawa hanya lalu melintas di sebelahnya jer....
huhu kalau aku dah angkat kaki lari....
Pengalaman masuk hutan selama lebih kurang seminggu memang suatu pengalaman baru yang tidak boleh dibeli bagi para rekrut yang tak pernah mengalaminya. Dalam keadaan gelap gelita tidur berlapikkan alas nipis jer @ ........  Macam anak aku semasa kadet tentera di zaman sekolahnya dulu pernah masuk hutan dan uji pandu arah.  Cabaran dan rintangan yang ada menjadikan semua rekrut tabah dan berani dalam apa jua halangan.  Tidur di dalam hutan, masak menggunakan rangsum tempur di dalam mestin. Training bukan untuk rekrut lelaki sahaja tetapi rekrut wanita pun wajib mengharunginya.....(semuanya sama jer....tiada perbezaan gender)
Latihan di dalam hutan dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan pertama akan masuk hutan dulu selesai tamat latihan dalam 10 hari baru ler kumpulan kedua masuk.....
Apa yang dibawa masuk hutan.... 3 @ 4 pek rangsum tempur, senjata, beg tentera di dalamnya ada pakaian, peralatan khemah dll.......So bayangkan beratnya beg yang perlu disandang....makan lebih sikit untuk tenaga yang nak digunakan bagi mengangkat beg itu nanti....Bagi yang berbadan kecik tu aku rasa nampak beg jer dari belakang badan tak nampak......hehe
AUG A1 508mm 04.jpg
Raifal Tempur Steyr AUG
Latihan jalan kaki 15 km dibuat pada waktu malam, sebelum itu taklimat diberikan kepada semua rekrut agar faham dan mengikut arahan.  Ini bukannya latihan jalan kaki kosong jer tetapi turut membawa senjata steyr dan beg tentera yang disandang di belakang.  Bayangkan berapa kilo muatan nak dibawa sambil lari-lari anak. Latihan jalan kaki laju macam lari-lari anak gitu bukannya jalan biasa macam nak window shopping tu yea....
Ada rekrut yang mengikuti latihan jalan kaki pengsan, kaki cramp, kasut haus berlubang, kaki melecet dan pelbagai kesakitan yang dihadapi mereka....
Kena kuatkan mental dan fizikal.....(tapi ambulance dah standby)
Nanti sambung lagi di next entry...penat menaip....k...bye....

Scotttt.....Kawad....Baris.......

MP : Story berdasarkan CD yang dijual pada perajurit muda selepas tamat latihan untuk kenangan semasa mengikuti training di PUSASDA.....

Comments

Popular posts from this blog