10 Cara Mudah Menjimatkan Bateri Telefon Pintar
- Get link
- X
- Other Apps
Kebelakangan ini, ramai yang telah menggunakan telefon pintar atau
smartphone. Tapi ramai yang mengeluh kerana dikatakan bateri telefon ini cepat
berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin
tinggi kapasiti kuasa bateri yang
ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon
pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri
yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama?
Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri
telefon pintar anda.
1. Paparan Skrin
Tetapkan (Set) kadar
keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri
kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar
keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka
sendiri.
2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau
OLED)
LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang
(back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi
bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin
tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini
mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah
berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah
warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan.
Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang
yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih
menggunakan kuasa di skrin OLED.
3. Skrin Ke Paparan Standby
Bila
korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan
mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan
standby tidak lah terlalu lama.
4. Sambungan (Connectivity)
Kalau
korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin
semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri,
tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila
matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas
sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.
5.
Aplikasi
Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial
media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk
aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30
minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap
5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan
bertahan punya kuasa bateri tu.
6. Kemaskini
Mungkin telefon
pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini.
Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon.
Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon
jika ianya terganggu.
7. Power Saving Mode
Aktifkan sahaja
fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan
menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih
mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
8. Pengecas Telefon
Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila
telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang
korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang
dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang
original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas
menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan
menjimatkan masa.
9. Vibrate/Getaran
Mengaktifkan getaran tidak
diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).
10.
Common Sense
Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan
untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan
baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu
lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3
semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan.
Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon
korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya
pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.
sumber : NIzarazu
Picture : google
MP : Sharing is caring.....
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment