Tukar Tayar Kereta
Sabtu lepas ingatkan nak tukar tayar belakang yang 2 biji tu jer, tetapi bila pergi kedai tayar kena tukar sekali 4 biji....
(ambek ko....menangis den..., mana nak cekau pulus nie...)
Nasib baik my hubby ada ikut sekali, biasanya aku pergi sorang, tapi nak suruh budak kedai tayar ini buka tayar spare kat bawah bonet tu yang dia ikut sama.(selama ini tak pernah periksa tayar spare, tempat simpan tayar spare memang susah nak buka).
Bila dia periksa tayar depan dah kembung semacam,
padahal baru jer tukar bulan Mei lepas,
dan mesti kena tukar sebab this week nak pergi majlis kenduri
kahwin adik di (Dewan Melati Jalan Plumbum 7/95 Seksyen 7,Shah Alam) Seksyen 7 Shah Alam.
Apalagi budak kedai tayar nie offer tayar baik sikit baru pakai sekejap tahun 2012, selepas gosok punya gosok, ayat baik semua dapat ler 4 biji tayar RM 580.
(tayar second hand tapi baik punyaaaaa.....tayar baru mahal oooooo)
Periksa alignment
Aku memang tahu tengok tayar, bila dibuat, (tahun & bulan)
tayar korek @ sewaktu dengannya....semuanya ada pada body tayar tu,
driver mesti kena tahu, tak tahu belajar ler....hehe
Untuk kereta ini aku guna tayar & rim 205/55R 16 91V sesuai untuk kereta jenis ini.
perhatikan pada body tayar ada bulan dan tahun dibuat, size dan brand tayar
Biasa aku guna Good Year tapi inikalilah atas rekomen budak tayar ini aku guna
brand 'Bravuris 2', serius aku tak pernah dengar brand ini,
jap aku google.....(made in UK)
Masa dalam proses nak tukar tayar tu, valve kat tayar pun kena tukar daripada plastik ke besi, dah lama pakai tapi tak pernah tukar, dia offer aku
4 pcs RM 30 jer...(yang besi ler, plastik murah jer 1 pc Rm 5).
Apalagi demi safety kerna terpaksa aku beli yang baru.....
So apalagi nak tukar lepas ini?
Alignmet
Siap Alignment dia offer aku RM 20 jer untuk 4 tayar....buat ler....hoho
(normal price RM 25 untuk model kereta ini)
Total aku kena bayar, uolls tengok sendiri bil tu ha......
sreetttt debit card ler, opppss sorry aku tak guna credit card yea.....
cuci mata jap tengok rim colorful
Comments
Post a Comment