Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Bermula 3 Sept 2013
Harga RON95 dan Diesel naik bermula tengah malam ini 3 September 2013 merupakan satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di sini Isnin.
Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menurut BERNAMA
Rasa tak berbaloi kalau aku beratur panjang untuk mengisi petrol semata-mata untuk memenuhkan petrol pam @ menjadi penonton orang ramai yang menggila untuk mengisi minyak seolah-olah petrol akan habis stoknya @ lebih baik aku menjadi penunggu setia facebook dan blog menunggu reaksi orang ramai akan kenaikan harga RON95 dan DIESEL.
Pilihan aku sudah tentu aku sedang menulis entry yang meletup pada hari ini di mana-mana laman web @ blog akan menceritakan perkara yang sama......
MP : Teringat masa harga RON 95 naik dahulu (tahun tak ingat) berderet kenderaan
orang ramai beratur untuk membeli keperluan yang mahal ini.
Comments
Post a Comment