Tukar Silicone Wiper Blade Kereta

Brand BOSCH

Semalam balik kerja pergi ke kedai aksesori kereta untuk membeli 
silicone wiper blade kereta.
Memang dah lama plans nak tukar silicone wiper blade sebab dah tak berapa baik.

Silicone wiper blade aku pakai brand BOSCH seperti di dalam gambar.
Brand BOSCH ini kualitinya baik dan ok pada pandangan aku dan my hubby.
Jangan cari brand yang kita tak pernah dengar dan harganya murah, sebab takut nanti pakai pun tak lama sebab tak der kualiti.

Size wiper tak sama untuk kiri dan kanan (24"/16")

Harga untuk yang 24 inci dalam RM 22.00, agak murah berbanding kat kedai lain rasanya, sebab aku dah survey kat kedai yang lain.
Senang jer untuk pasang silicone wiper blade ini sebab ada klip kat situ.
Tak perlu buka batang wiper tu......
Untuk menjamin kualiti cermin dan dapat pulak sekarang musim hujan wiper amat penting supaya pemanduan kita lancar.
Lain kereta lain size silicone wiper blade....

MP : Tahu tak size silicone wiper blade kereta uolls....?

Comments

Popular posts from this blog