Seragam Loreng Digital Baharu Akan Dipakai Secara Berperingkat
Kuala Lumpur-- Pakaian seragam terbaharu 'loreng digital' bagi menggantikan celoreng lama pada uniform sekarang akan diperkenalkan kepada semua unit tentera secara berperingkat, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata pasukan pertama yang akan dibekalkan seragam bersifat digital itu ialah unit-unit kombat tentera darat, diikuti unit-unit sokongan lain.
Beliau berkata pertukaran itu akan mengambil masa beberapa tahun kerana stok pakaian lama tentera darat masih banyak.
"Mungkin tidak lama lagi, loreng digital ini akan turut dipakai oleh unit-unit yang sesuai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Buat masa sekarang hanya elemen dalam tentera darat yang memakainya," katanya kepada pemberita selepas perarakan sempena ulang tahun ATM ke-80 di Dataran Merdeka hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir menyaksikan perarakan bertemakan 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'.
Zulkifeli berkata kenderaan tempur dan utiliti tentera darat akan mula dicat dengan corak digital sebaik warna cat pada kenderaan itu luntur akibat faktor cuaca dan pengunaan lasak.
Cat-cat digital pada kenderaan tentera diguna pakai buat pertama kali ke atas kenderaan peninjau tentera, Ferret Scout Car dan dipamerkan hari ini di Dataran Merdeka.
Sementara itu Hishammuddin melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ATM dan berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk veteran tentera.

MP : Bangga denga celoreng baharu yang diperkenalkan...dengarnya anti nyamuk....dan banyak keistimewaan yang tersendiri....
Comments
Post a Comment